Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kerajaan dinasihatkan supaya tidak memangsakan Rakyat bagi menampung kekurangan pendapatan negara ekoran keborosan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini. Beliau berkata, saiz 'kabinet dapur' Mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak perlu dikecilkan daripada 35 kepada 15-19 orang dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 nanti. Baca di sini.
Ini cerita lama. Cerita sebelum beliau menjadi Timbalan Menteri. Sekarang tiada lagi rungutan 'kabinet dapur' Tun Dr Mahathir yang sama besar dengan kabinet jemaah Menteri yang lama. Tiada lagi cerita tentang sengsara Rakyat dan keborosan pemerintahan dahulu? Melihat kepada jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam 'kabinet dapur' Tun Dr Mahathir, Kerajaan PH turut boros, menghabiskan wang Rakyat memangsakan Rakyat.
Hari ini sahaja seramai 13 menteri dan 23 Timbalan Menteri mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini. Baca di sini. Pelantikan itu menyaksikan Kabinet baharu kerajaan kini berjumlah 26 menteri dan 23 Timbalan Menteri. Sebelum ini 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah pada 21/05/2018.
Tidak cukup dengan ini, tiga lagi Menteri akan dilantik dalam Kabinet baharu Kerajaan menjadikan jumlah keseluruhan 29 menteri berbanding 26 yang sudah diisi ketika ini. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ketiga-tiga calon Menteri itu bagaimanapun perlu dilantik menjadi Senator terlebih dulu sebelum menjadi Menteri. Baca di sini.

Kesimpulannya, Sirul mana? Sirul mana? Siruuuuuuuuul!