Inilah yang dikatakan pandai membawa diri. Tahniah kepada Presiden CUEPACS. Anda telah buktikan bahawa anda berkhidmat dengan 'Government of The Day'. Kalau dulu sewaktu pemerintahan Kerajaan BN, sebut nama CEUPACS, pastinya terbayang tuntutan kenaikan gaji dan bonus di musim perayaan.
Sekarang lain pula jadinya. Bukan tuntutan gaji yang diminta. CEUPACS malah mengsyorkan bahawa setiap gaji Kakitangan Awam dipotong gajinya untuk disumbangkan kepada Tabung Milo Negara. Kata Presiden CUEPACS,
Kepada penjawat awam terutama pihak Polis dan Tentera yang mengundi PH pada PRU14 mohon tampil kehadapan untuk menyokong CUEPACS. Cukuplah semasa Kerajaan BN dahulu sering mendesak Kerajaan untuk menaikkan gaji dan bonus penjawat awam. Kini tibalah masa untuk penjawat awam membalas budi CUEPACS berpuluh tahun lamanya.
Kami tidak mengenakan apa-apa paksaan kepada mereka dan kami berharap mereka menganggap ini adalah sebagai kerja kebajikan untuk negara.Kalau tidak ada paksaan kenapa kena syorkan potongan gaji? Sebagai Kakitangan Swasta, CTS menyokong penuh syor yang dibuat oleh Presiden CUEPACS ini. Kalau boleh jangan dipotong sedikit-sedikit. Biarlah potongan mencecah 50% daripada gaji terutama bagi pengundi-pengundi PH di kalangan Kakitangan Awam.