Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.
Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Agak pelik apabila Mahkamah di Malaysia, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Barisan peguambela DS Najib diketuai TS Shafee Abdullah. Ketika Tommy Thomas sedang bercakap, Datuk M Kumaraendran bangun memperkenalkan diri beliau sebagai peguam pemerhati untuk DS Rosmah Mansor.
Barisan peguambela DS Najib diketuai TS Shafee Abdullah. Ketika Tommy Thomas sedang bercakap, Datuk M Kumaraendran bangun memperkenalkan diri beliau sebagai peguam pemerhati untuk DS Rosmah Mansor.
Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Nota Kaki: Soalan KBAT, apakah perbezaan pendakwaraya untuk kes DS Anwar Ibrahim berbanding dengan kes DS Najib Tun Razak?
Clue: Jumlah.
Jawapan bocor:
Kes DS Anwar :
Pendakwa : 2 Orang
Pembela : 14 orang
Kes DS Najib :
Pendakwa : 12 orang
Pembela : 4 orang.
Kemaskini Posting:
10.45 a.m.: Keempat-empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen tadi, dibacakan semula di Mahkamah Jenayah Tinggi 3 kepada OKT iaitu DS Najib Tun Razak. Beliau mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut, dan minta dibicarakan.
11.50 a.m: Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin terhadap DS Najib Razak serta memerintahkan dua pasport miliknya diserahkan kepada mahkamah.
12.45pm: Hakim Datuk Sophian Abdul Razak tetapkan 8 Ogos sebagai hari pengurusan kes, dan tarikh bicara antara 18 hingga 28 Feb 2019, 4 hingga 8 Mac, 11 hingga 15 Mac untuk tarikh-tarikh bicara kes DS Najib Tun Razak. Kedua-dua pihak bersetuju. Perbicaraan tamat.







