Juruterbang Boleh, Pembancuh Teh Tarik Pun Boleh



Hebat Menteri Pertahanan Malaysia, Haji Muhammad Sabu. Satu hari beliau boleh menjadi seorang juruterbang ala watak Pete 'Maverick' Mitchell dalam filem Top Gun.

Di hari berikutnya pula, orang yang sama berkebolehan memegang watak Mamak dalam filem yang belum diterbitkan, Teh Tarik Satu. 

Yang beruntung adalah Rakyat Malaysia. Bayar gaji Menteri mahal-mahal bukan setakat mereka nenjalankan tugas sebagai Menteri malah mereka juga berkebolehan untuk kutip sampah di stadium manakala seorang lagi buat teh tarik.

Nota Kaki - Komen pembaca CTS mengingatkan CTS bahawa Abang Mat masih belum menaiki Scorpene yang dikatakan tidak boelh menyelam semasa Abang Mat menjadi oembangkang dulu. Diharap Abang Mat dapat menaiki kapal selam tersebut dan membuktikannya.